AWAS ! Keputihan Menyebabkan Wanita Mandul

Keputihan adalah sejenis penyakit yang mudah dijangkiti oleh kaum wanita. Tempat yang dijangkiti adalah pada bahagian genital (vagina) kaum wanita. Ramai teman2 sy yg ade masalah ni termasuk sy sendiri. Jom kita baca dl info ni....

SUMBER : BERITA HARIAN

Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan bacteria ataupun jangkitan kulat. Pada masa sekarang, rawatan yang biasa adalah menggunakan ubat sintetik. Masalah kepada rawatan ini adalah ia tidak kekal.Mungkin seminggu sahaja ia dapat bertahan selepas itu jangkitan itu datang kembali. Tidak ramai yang mengetahui cara yang efektif untuk merawat jangkitan ini.

Contoh Faraj yang dijangkiti kulat

Keputihan boleh dikenalpasti dengan terdapat lelehan berwarna putih atau kuning kehijauan yang keluar dari vagina/faraj wanita. Lelahan ini akan disertai oleh bau yang kurang menyenangkan serta membawa kegatalan kepada alat sulit seseorang wanita itu. Ramai yang tidak tahu, sebenarnya keputihan ini merupakan salah satu faktor mengapa ramai wanita sukar untuk hamil. Mungkin yang beranggapan bahawa keputihan adalah satu perkara yang biasa dialami oleh kaum wanita. Tetapi mereka silap!

Bakteria yang menyebabkan keputihan itu mampu ‘menyerang’ tiub fallopio dan uterus seseorang wanita yang dijangkiti keputihan. Kesan daripada itu ia boleh membawa kepada kesukaran untuk seseorang wanita yang dijangkiti keputihan untuk hamil.

Bakteria dan kuman yg telah merebak dlm saluran faraj

Dalam istilah perubatan, perkara ini lebih dikenali sebagai “pelvic inflammatory disease (PID)”…anda boleh bertanya lebih lanjut PID ini kepada doktor yang merawat anda. Selain itu, bakteria daripada jangkitan keputihan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada tiub follopio. Jika berlaku kerosakkan ini maka risiko untuk seseorang yang dijangkiti keputihan untuk hamil adalah tipis sekali. Antara langkah bijak yang perlu diambil segera adalah dengan menghalang keputihan ini daripada dijangkiti. Dan jika kita sudah dijangkiti keputihan, kita perlu merawatnya dengan kadar yang segera. Untuk mencegah keputihan daripada berlaku, kita boleh melakukan beberapa perkara seperti berikut:-
1) Tidak menggunakan pencuci vagina (douche)
2) Sentiasa menukar seluar dalam dengan yang bersih 
3) Sentiasa bersih tangan sebelum menyentuh vagina 
4) Amalkan tidur yang cukup 
5) Elakkan stress menyebabkan perubahan hormon
6)Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan. 

Sekiranya berlanjutan, anda diminta berjumpa dengan doktor sakit puan yer....

No comments:

Post a Comment