jadual makan vitamin

Hari ni saya nak kongsikan kepada anda khususnya kepada pengguna setia produk SHAKLEE yang membuat pembelian dari saya melalui blog, emel, mahupun personal facebook tentang waktu terbaik untuk makan vitamin2 Shaklee ini.

Sebenarnya, tidak ada waktu yang khusus atau tetap untuk pengambilan vitamin. Anda boleh makan pada bila2 masa yang anda suka mengikut dos yang telah diberikan.

Seperti entry sebelum ini yang bertajuk Waktu Terbaik Makan Supplemen adalah secara general.
Tetapi untuk memudahkan anda, di sini saya berikan jadual makan supaya senang anda nak susun sendiri mengikut masa anda.

MASA
VITAMIN/SUPLEMEN YANG SESUAI
Awal pagi (sebelum /semasa sarapan)
ESP, Mealshakes, PD, Ostematrix
Pagi 10 am
Vitalea, Vitamin B com, Vit C, Zink
Tengah hari
Vitalea, Vitamin C, Omega, Lecithin, Alfalfa
Minum petang
ESP, Mealshakes, PD
Makan malam
Lecithin, Ostematrix, Alfalfa, Zink, Vitamin E
Sebelum tidur
ESP, Mealshakes, PD, Collagen, Vitamin E, atau Ostematrix, Herb-lax, GLA

**Amaran
#1. Vitalea TIDAK BOLEH di ambil bersama2 Ostematrix, ESP dan Mealshakes kerana kalsium mengganggu penyerapan iron.
#2. Vitamin E TIDAK BOLEH di ambil bersama2  Alfalfa dan Vitalea
#3. Alfalfa TIDAK BOLEH di ambil bersama2 GLA, Vitalea dan Vitamin E
Jika anda masih keliru dengan jadual ini, boleh hubungi sy pada bila2 masa pun ya!

SELAMAT MAKAN VITAMIN!!

Krisis-krisis Pemulihan

Bila kita start makan vitamin shaklee... ada yg rasa tak sedap badan.. rasa nak demam,ada yg period tak teratur, jerawat semakin banyak.. dan mula rasa vitamin shaklee ni tak berkesan ..& tgh fikir utk berhenti makan vitamin2 ni.. JANGAN!! apa yang kita lalui sekarag ni adalah healing crisis sahaja.. Semua org kulit cantik2 , kurus2 & bertambah sihat dah melalui tempoh healing crisis ni..

mesej di bawah ni ekslusif untuk anda. Baca sampai habis ye :)


Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 


A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. 

Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.





Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan


A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. 

Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. 

Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan

Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalahproses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?


A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalamtempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?


A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

1. anda tidak mengamalkannya setiap hari ( tak konsisten)

2. anda tidak mengikut dos yang telah di cadangkan

3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat

5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
7. Mengalami masalah emosi



Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisisdan Kemungkinan Punca
Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)

Masalah buah pinggang




Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)? 

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersihrehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah

Set Untuk Pelajar


Pemakanan yang baik amat penting untuk meransang minda pelajar-pelajar. Tumpuan kepada pelajaran amat penting untuk mendapat keputusan yang baik..seringkali kita berasa lemah tidzak bersemangat, tiada daya tumpuan




pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati d
an lebih fokus.

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
~Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 

~Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. 

Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 

Set Kurus

RAMAI yang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat ke cermin, rasa malu yang amat sangat....impian hati ingin bentuk badan macam Cindy Crawford..hehehehe. Tp hanya sekadar kata2 tak bermakna tanpa usaha...Sudah tentu anda mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang. Bukankah begitu? Justeru, bagaimana mahu mencapai berat badan yang ideal serta teknik pemakanan untuk mendapat berat badan yang sepatutnya dilakukan. Bagaimana ya? 

So 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja ya. Anda harus melaksanakannya.

1)      Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit.  Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.

2)      Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer.Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.

3)      Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. 

4)      Jangan tinggalkan sarapan pagi.Mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. J

5)      Kurangkan minuman bergas. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

 Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Alternatif lain yang WAJIB anda ambil........

Erm...Shaklee ade menyediakan set untuk anda bagi mencapai berat badan yang anda inginkan...


Proses 1
Proses membakar lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Omega Guard pula berfungsi membakar lemak dan menurunkan berat badan.

Proses 2 
Herbalax berfungsi dan membuang dan membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa bagi memperbaiki masalah penghadaman.

Proses 3
Cinch Shake Mix baik diambil bersama dengan ESP kerana protein digunakan untuk membekalkan tenaga, membina otot dan menaikkan kadar metabolisma dan membakar klori.


Kepentingan OMEGA 3 Minyak Ikan (DHA & EPA) Untuk Ibu Mengandung



~Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. 


~Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

~ Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.